Powered by Blogger.
loading...

Cerita Sebenar Mengapa Rosmah Jalan Mendahului Najib



Entah di mana silapnya, sekeping gambar yg memaparkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor jalan mendahului suaminya Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura pada Ahad lepas menjadi viral & bualan hangat netizen di laman sosial.

Hanya gara-gara salah faham gambar tersebut, ramai membuat kesimpulan mendakwa Rosmah merupakan isteri yang bossy sehingga suaminya terpaksa berjalan di belakang.

Menjawab segala kritikan tersebut, Datuk Rizal Mansor selaku pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan situasi sebenar perihal gambar tersebut.

#Menurut Rizal, Rosmah terpaksa berjalan dahulu di hadapan kerana tempat duduk beliau berada di sebelah dalam.

“Datin Seri Rosmah jln di depan Datuk Seri Najib… cuba tengok susunan tmpt duduk… mcm pergi tengok wayang, siapa yg duduk sebelah dlm masuk dulu.

"Tempat duduk dan kedudukan masuk semuanya ditentukan oleh protokol Singapura. Kita ni tetamu ikut jelah,” tulis Rizal di laman Facebook. Selain itu, Rizal turut menjelaskan satu lagi gambar yang memperlihatkan Rosmah seolah-olah satu-satunya isteri ketua pemimpin yg hadir pada sambutan tersebut.
0 Komentar untuk "Cerita Sebenar Mengapa Rosmah Jalan Mendahului Najib"

loading...
Back To Top