Powered by Blogger.
loading...

MENGEJUTKAN !!! Apa Yang Dibuat Oleh Achey Kepada Keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik



Pelawak terkenal, Achey sememangnya bermula daripada program realiti Bintang Mencari Bintang di mana mentornya ialah Allahyarham Harun Salim Bachik.

Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun lepas pastinya memberikan kesan yang amat besar buat Achey tetapi dia bukanlah seorang yang lupa daratan.

"Saya kerap juga menghubungi keluarga Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp. Kadangkala kalau berkesempatan, saya akan melawat mereka untuk bertanya khabar.

"Saya sebelum ini ada membuka perniagaan bersama Allahyarham iaitu Kotak Seni Network. Perniagaan ini, kami buat macam-macam. Kami keluarkan kemeja-T, kek, roti, pusat penjagaan kanak-kanak dan macam-macam lagi.

"Selepas kematian Allahyarham Abang Harun, saya dan isteri berbincang dan memberikan keseluruhan share saya kepada keluarganya. Saya juga serahkan segala keuntungan dan modal kepada anak sulungnya untuk dibahagikan kepada keluarganya," katanya.
0 Komentar untuk "MENGEJUTKAN !!! Apa Yang Dibuat Oleh Achey Kepada Keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik"

loading...
Back To Top